Album pertama self-titled Foo Fighters atau album "pistol" hari ini menyambut ulang tahun yang ke-30. Mengimbau kembali betapa jauh berbeza muzik mereka ketika itu berbanding sekarang, lebih alternatives dan rebellious, era post-Nirvana, post-grunge. Memang ngam dengan jiwa remaja aku ketika itu.
"Kalau nak cerita pasal memori album ni memang agak lucu, ia dikeluarkan sekitar tahun 1995 tapi aku layan awal 1996. Waktu tu aku di tingkatan 5 dan bakal menghadapi SPM tapi terjerumus dalam kancah "cinta monyet", lagu-lagu dalam album ni (bersama album-album Nirvana) merupakan pengubat hati yang luka dan motivasi untuk meneruskan pembelajaran (teruknya emo aku waktu tu~)."
- Entri 2013.
Sejak bulan lepas pula, semua platform media sosial Foo Fighters mula mengimbau kembali lagu, gambar, video dan konsert lama mereka dari penubuhan sehingga kini dengan hashtag #ff30 dan #foofighters30.
![]() |
Entri musim PKPx, Foo 25. |
Seperti yang pernah aku ceritakan, dulu aku hanya minat era tiga album pertama (FF, TCATS, TINLTL). Selepas mendengar One By One aku mula muak dengan muzik FF dan berhenti mengikuti mereka. Mungkin kerana ketika itu aku lebih ke arah genre power metal (Blind Guardian, HammerFall, Nightwish, Kamelot).
Hanya kembali selepas Dave Ghrol patah kaki semasa konsert di Sweden pada 2015. Selepas itu mula mengumpul kembali album-album FF yang ditinggalkan, kebanyakkannya melalui eStock. Dan album-album terkini melalui Radin Music atau Inverno Music.
Beberapa hari lepas FF juga ada merilis lagu baru yang mungkin untuk album terbaru(?) mereka. Semoga FF akan maju untuk 30 tahun lagi
_____
AADI: Walaupun macam ada masalah lagi dengan drummer baru.
0 comments
Post a Comment